Hidup ini adalah kepunyaan ku..jangan sesiapa merampasnya daripada ku..
Facebook Badge
Blog Archive
Saturday, July 31, 2010
Thursday, July 15, 2010
Tuesday, July 13, 2010
Balasan....
melakukan sesuatu dalam hidup ni mesti ada risiko nya..contoh kita bawa kereta pun ada risiko..kalau kita sampai di tempat yang tuju atau tidak...contoh kita makan sekalipun ada risiko sama ada kita makan sampai kenyang atau kita tertelan tulang masa makan..begitu jugak la bercinta pasti ada risikonya...sama ada kita bahagia dengan dia atau kita akan kecewa dengan sikapnya atau kita akan hilang suka dengan dia atau masing2 curang .Tapi aku pecaya bahawa apabila kita menyakitkan @ atau mempermainkan hati orang lain kita juga akan merasa hal yang sama apabila orang yang kita sayang berbuat begitu dengan kita.Itula namanya karma duniawi apa sahaja kesalahan mahupun keburukan yang telah kita lakukan ke atas diri orang pasti akan menimpa kita semula,,begitu juga dengan sebaliknya apabila kita melakukan kebaikan kita akan di balas dengan kebaikan juga..bak kata pepatah'buat baik berpada pada,buat jahat jangan sekali'Aku mulai mempercayai hukum karma ini apabila kejadian seumpama berlaku pada aku sendiri...apabila ada orang betul2 sayang ngan aku aku wat ndak endah ,,sakitkan hatinya hanya kerana beberapa kekurangan dan mulai menyayangi orang lain meskipun banyak keburukan yang aku nampak aku cuma kaburkan mata saja...Kalau hati sudah sayang hmmm bagitula...tapi aku pernah berjanji dengan diruiku bahawa aku tak kan mengeluarkan air mata dalam bab2 percintaan ni...banyak lagi hal dalam hidupku yang patut aku tangis kan..lagi pun dalam usia 19 tahun ni apa sajala cinta begitu hanya cinta monyet je..konon la...hehehe...ntala susah jugak kalau hati dah sayang susah mau berhenti daripada memikirkanya...tapi kalau hal begini tidak akan melemahkan aku ..
Thanks...

Aku sayang dia.....
Di saat aku sakit,, cuma dia saja yang
mengambil tahu..
Di saat aku rasa di mana orang yang sepatutnya
berada di tempatnya,,cuma dia saja yang ada.
Di saat ku mahu merasa kasih sayang seseorang
cuma sayangnya yang ada ....
Disaat ku di buli ..
cuma dia la yang membela aku...
Disaat ku memerlukan apa2
cuma dia saja la yang tempat
ku menadahkan tangan....
Aku hormat dia......
Dia sudah seperti ibu bagiku....
dia sajalah yang ku anggap sebagai pelindung...
di saat ku menangis ,,ketawa,,keliru,,berdukacita
hanya dialah di sisiku...
meskipun dia la yang
membuat aku banyak mengalirkan
airmata,...
meskipun dia la yang
membuat hidup ku lebih
banyak tangisan....
meskipun aku menjalani
hari2 yang menyakitkan
kerananya...
Namun......
dari dia la aku belajar
menangis,,tersenyum,,ketawa,
dari dia juga la aku belajar..
berdikari,,mengetahui bahawa untuk hidup
bukanla mudah...
dari dia jugak la aku mengenal
setiap orang yang berada di sekelilingku...
dari dia jugak la aku sedar yang aku harus
berpijak di dunia yang nyata dan di mana tahap ku
sebagai manusia...
Terima kasih.....
atas segala yang telah di berikan .....
tunjuk ajar mu slama ini...........
atas segala yang sudi kau kongsikan bersamaku......
atas namamu yang telah kau pinjamkan sebagai penjagaku
selama denganmu.....
dan terima kasih atas pengalaman
yang telah ku lalui...
Mungkin.....
mungkin bagi orang pengalaman itu
adalah yang buruk dalam hidup.....
mungkin bagi orang pengalaman itu yang tidak akan
di kenang lagi dalam hidup.....
mungkin bagi orang pengalaman
itu tidak mahu di ingati lagi...
Meskipun....
ko banyak membuat ku menangis...
ko banyak menyukarkan hidupku...
ko banyak membuat ku bersedih....
cara kau menunjukkan kasih sayang mu salah...
namun ku tahu di sudut hatimu kau amat menyayangiku...
Dan terima kasih untuk
itu..sesungguhnya itu ..
adalah sangat ku hargai...
Dan ingatla aku juga
sentisa menyayangi mu..
walaupun kita telah di pisahkan
oleh ribuan batu....you'are always on my mind...
aku sentisa mendoakan kesejateraan untukmu...
saat kau merindui ku..
walaupun cuma sejenak..
kenanglah aku dalam doa mu......
Akhirnya ku faham....
Tidak semua yang berlaku dalam hidup kita adalah di atas kemahuan kita...ya saya akui mungkin ada sesetengahnya takdir tapi lebih banyak daripada sebahagin itu yang di corakkan atau di pilih oleh kita ..Alasan 'tiada pilihan ' adalah amat yang aku benci ini kerana itu cumala alasan yang bagiku cuma menutup atau mengaburi mata semua orang atas kesilapan yang lalu.,mungkin sebahagian daripada kesilapan hidupnya kerana campur tangan orang lain tapi dia boleh memilih jalan ke arah kebaikan..kenapa harus memilih jalan yang menyesatkan??Bukan kah itu pilihan sendiri..tapi mungkin aku sudah boleh berfikir yang mana betul atau yang mana salah maka banyak daripada kesilapan lalunya aku tidak menyalah kan orang lain mahupun takdir kerana sebagai manusia kita telah di beri 9 akal oleh tuhan.Adakah itu tidak cukup untuk dia berfikir secara rasional dan memilih yang mana baik dan yang mana tidak untuk diri sendiri dan zuriatnya.Tapi bagiku keputusan yang di buat lebih berlandaskan atas kemahuan dan nafsu keseronokan semata-mata..oleh kerana jalan yang di pilih, banyak yang menanggung akibat perbuatan nya.Aku sering bertanya pada tuhan kenapa itu yang di pilihnya??kenapa??
Nmun setelah ku meniti ke alam akil baligh atau keremajaan ini aku mulai faham satu perkara,, sebaik mnapun atau sesempurna mana pun manusia itu pasti dia melakukan kesilapan jugak meski nabi pun melakukan kesilapan inikan pula kita yang cuma manusia biasa yang kurang dari segala aspek mahupun ilmu..Dan mungkin jugak hal itu membuatkan aku lebih yakin meneruskan hidpku...
walaubagaimanapun,aku boleh berasa lebih lega kerana sekarang dia juga seperti orang lain yang meneruskan hidup di jalan yang benar...apa yang lebih penting kesedaran yang wujud dalam dirinya. Dan bagiku setip orang patut di berikan peluang untuk memperbaiki kesilapan lalu..meski pun sebagai yang boleh memarahi dan membencinya tapi aku lebih memilih peluang untuk sentiasa memaafkan dan memberi peluang padanya..semoga dia sentiasa di jalan yang benar...i'm always pray for her....AMIN
Nmun setelah ku meniti ke alam akil baligh atau keremajaan ini aku mulai faham satu perkara,, sebaik mnapun atau sesempurna mana pun manusia itu pasti dia melakukan kesilapan jugak meski nabi pun melakukan kesilapan inikan pula kita yang cuma manusia biasa yang kurang dari segala aspek mahupun ilmu..Dan mungkin jugak hal itu membuatkan aku lebih yakin meneruskan hidpku...
walaubagaimanapun,aku boleh berasa lebih lega kerana sekarang dia juga seperti orang lain yang meneruskan hidup di jalan yang benar...apa yang lebih penting kesedaran yang wujud dalam dirinya. Dan bagiku setip orang patut di berikan peluang untuk memperbaiki kesilapan lalu..meski pun sebagai yang boleh memarahi dan membencinya tapi aku lebih memilih peluang untuk sentiasa memaafkan dan memberi peluang padanya..semoga dia sentiasa di jalan yang benar...i'm always pray for her....AMIN
Monday, July 12, 2010
MEMAHAMI..........
Dalam hidup banyak benda yang kita tidak mahu kita akan dapat,tapi benda kita mahu kita tidak akan dapat..aku dibesarkan untuk memahami keadaan ini,memahami tabiat orang yang berada di sekililng ku,memahami bahawa bukan semua orang mempunyai hidup yang baik dan sempurna,,memahami bahawa dalam dunia ini berbagai jenis ragam manusia,,memahami bahawa bukan semua yang berlaku dalam hidupku mungkin adalah satu kelebihan yang mematangkan @mendewasakan aku,,mengajar aku berdikari dalam hidup,,mengajar aku untuk memahami banyak benda untuk terus hidup ,,menanamkan azam yang tinngi di hati ku untuk berjaya di kemudian hari...dan kadang2 mengajar aku untuk berdendam dan juga memaafkan..bukan semua remaja seusia ku melalui semua apa yang telah aku lalui..walaupun kadang2 aku selalu merasa bahawa tuhan itu adalah tidak adil kerana telah memberikan kehidupan sebegini..tapi akhirnya aku faham di setiap kekurangan akan ada kelebhan..dan aku mulai faham mungkin di setiap apa yang aku lalui akan berguna untukku di kemudian hari.Dan bukan semua orang akan dapat mengalami pengalaman yang telah aku lalui.
MENGHARGAI..............
hidup ni anugerah tuhan..menjadi slah satu makhluk tuhan yang hidup di muka bumi ni adalah salah satu kelebihan bagi aku untuk menghargai hidup....walau macam mana besar pun dugaan yang menimpa dalam hidup itu harus di tempuhi kerana bagiku itu adalah ujian daripadaNya...Tidak kira senaif mana pun keadaan diri ku dalam satu keaadaan aku selalu mengingatkan pada diriku bahawa senaif bagaimanapun keadaan @seteruk mana kesusahan hidupku ada lagi yang lebih teruk dan lebih naif hingga aku sendiri pun tidak dapat menggambarkan.Oleh itu aku berazam pada diriku bahawa hidup ini adalah satu landasan di mana hanya kita yang menentukan arah tuju perjalannya,di mana hanya kita yang mewarnakan hari-hari yang kita jalani,,di mana hanya kita yang menginginkan sesebuah kejayaan dalam hidup@kehancuran,,di mana hanya kita yang memilih mana yang terbaik @ terburuk untuk kita,,di mana hanya kita yang menentukan segala galanya untuk diri kita..Jangan sekali kali menyalahkan takdir kerana perbuatan itu sama sahaja dengan menolak Qada dan Qadar yang telah di tentukan oleh tuhan..
15 Madah Cinta

Kata-kata cinta yang puitis dan indah sememangnya mampu memberikan impak kepada perhubungan yang terjalin. Walaupun ringkas, madah cinta selalunya mempunyai maksud yang mendalam apabila diperhalusi.
Jika suatu ketika dahulu kata-kata seperti HACKS (Hanya Aku Cinta Kau Seorang) atau CINTA (Cinta Itu Nikmat Tapi Awas!) cukup popular di kalangan remaja yang bercinta, kini disenaraikan pula 15 madah cinta yang dikatakan paling hangat sepanjang tahun ini.
Jika anda tidak mempercayainya, apa kata kamu cuba tujukan madah-madah cinta ini kepada insan yang kamu sukai dan lihat respon yang diberikannya. Jika si dia tersenyum sambil menatap wajah anda, itu bermakna kamu berjaya menyentuh hatinya.
1. Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi ia tidak pernah berdendam dan tidak akan membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.
2. Jangan simpan kata-kata cinta kepada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, kerana akhirnya anda akan catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dimindamu itu sekarang selagi dia mampu mendengar dan tersenyum kepadamu.
3. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Selepas menemui insan yang tepat itu, sudah pasti kita akan mengucapkan terima kasih di atas kurniaan yang tidak terhingga itu.
4. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak lagi berada di sisi kita.
5. Jangan melarikan diri daripada cinta apabila ia berada di hadapanmu. Kerana suatu masa nanti, anda pasti teringat kembali akan cinta tersebut dan menyesali perbuatanmu itu.
6. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan jiwa raga.
7. Cinta berupaya mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmah. Itulah kuasa cinta.
8. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Tetapi lebih menyakitkan apabila anda mencintai seseorang tetapi anda tidak pernah memiliki kekuatan dan keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
9. Kadangkala kamu tidak menghargai insan yang mencintamu sepenuh hati hinggalah anda kehilangannya. Ketika itu sesalan sudah tidak berguna lagi kerana perginya tidak mungkin akan kembali lagi.
10. Cinta ibarat pasu antik yang sukar ditemui dan sukar untuk diperolehi. Tetapi ia cukup mudah untuk jatuh berderai sekiranya tidak dijaga dengan elok.
11. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah apabila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.
12. Kejarlah cita-cita yang diimpikan sebelum mencari cinta. Apabila tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.
13. Setiap orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang pernah merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta tetapi tidak semua yang berpeluang mengecapi bahagia.
14. Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.
15. Manusia tidak jatuh di dalam cinta dan juga tidak keluar daripada cinta. Tetapi manusia tumbuh dan membesar bersama cinta.
From - here
Subscribe to:
Comments (Atom)
About Me
- Ayu Fadila
- saya seorang yang simple..gila2,tapi kuat marah jugak..saya happy bila saya membaca..apa2 saja yang berkaitan dengan bacaan saya suka tapi minat saya lebih kepada love novel..selain tu saya suka online..mendengar lagu jugak adalah salah satu daripada hobi..saya suka dengar lagu lama..old skull,,r&b,,reggae,,dan jazz..movie pulak saya suka filem2 yang menyeramkan,,romantik dan aksi..penulis yang saya minat pulak ialah sharifah Abu saleem,,Norzalinah Nordin...dan Sri Diah....
Random Pictures
2010